Tuesday, 27 November 2012
Saturday, 24 November 2012
peranan bahasa melayu dalam sistem pendidikan
BAHASA MELAYU DALAM
SISTEM PENDIDIKAN NEGARA
Pengenalan
Bahasa
ialah satu sistem bunyi yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan
satu kelompok manusia, iaitu di antara seorang individu dengan individu yang
lain. Kebiasaannya bahasa menggunakan peraturan dan gaya yang direka bentuk
khusus oleh manusia untuk kegunaan tertentu. Terdapat beberapa sifat bahasa
iaitu mempunyai sistem, mempunyai lambang, terdiri daripada bunyi, bermakna,
arbitrari, bersifat konvensional, produktif, unik, universal, dinamik,
bervariasi, bebas dan manusiawi. Bahasa Melayu juga merupakan satu bahasa yang
digunakan di Malaysia sebagai bahasa rasmi dalam pelbagai bentuk komunikasi di
Malaysia. Terdapat pelbagai teori mengenai asal usul bahasa Melayu, antaranya
ialah bahasa Melayu berasal dari Yunan dan Nusantara. Menurut Asmah Haji Omar “ bahawa pemindahan orang Melayu dari
daratan Asia ke Nusantara ini tidaklah
sekali gus dan juga tidak melalui satu laluan. Ada yang melalui daratan, iaitu
semenanjung, melalui Lautan Hindi dan ada pula yang melalui lautan China. Namun
beliau menolak pendapat yang mengatakan bahawa pada mulanya asal bahasa mereka
satu perbezaan yang berlaku kemudian adalah kerana faktor komunikasi”. Berdasarkan penjelasan teori
yang telah di kaji, bahasa Melayu dikenali sebagai bahasa Lingua Franca. Di
mana terdapat pelbagai bahasa asing yang telah diambil daripada hubungan di antara
pedagang atau migrasi daripada negara luar. Bahasa Melayu kini telah di
nobatkan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa penghantar ilmu
sejak kemerdekaan negara pada tahun 1957. Kedudukan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi diwartakan dalam perlembagaan Persekutuan,
sementara kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi khusus diwartakan dalam
Akta Bahasa Kebangsaan 1967 dan sebagai bahasa penghantar ilmu pila diwartakan
dalam Akta Pendidikan 1961 dan kemudian dalam Akta Pendidikan 1996. Bahasa
Melayu yang digunakan di negara ini perlu di perkukuhkan kedudukannya dari segi
penggunaan di dalam negara mahu pun di luar negara. Terdapat beberapa langkah
dalam memartabatkan bahasa Melayu iaitu di dalam sistem Pendidikan negara,
iaitu daripada peringkat sekolah rendah sehingga ke peringkat pengajian tinggi.
Kesedaran tentang pemantapan bahasa Melayu perlu dipertingkatkan di kalangan
setiap warga Malaysia untuk memartabatkan bahasa Melayu.
Pemantapan bahasa
Melayu dan Penyata Razak
Penyata
Razak 1956 merupakan satu cadangan yang dibuat oleh jawatankuasa oleh kerajaan
Malaysia bagi mengkaji semula sistem pendidikan di Malaysia. Jawatankuasa
pelajaran ini ditubuhkan pada bulan September 1955 dan dipengerusikan oleh
Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu Tun Abdul Razak Hussein. Dalam Penyata
Razak Pemantapan bahasa Melayu di dalam sistem pendidikan ditekan iaitu, cadangan dikemukakan oleh penyata
Razak yang diluluskan oleh kerajaan persekutuan Tanah Melayu dan antara perkara
penting yang dicadangkan adalah mewujudkan dua jenis sekolah rendah iaitu
Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK)
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar semasa pengajaran dan
pembelajaran di jalankan di sekolah. Para pemimpin terdahulu telah sedar dengan
kepentingan bahasa Melayu di Tanah Melayu dengan membawa kesan yang baik dalam
pelbagai bentuk penggunaannya di kalangan kaum yang pelbagai iaitu bangsa
Melayu, cina dan india. Selain daripada itu, kesedaran mengenai penyelarasan
cara berhubung dengan di antara kaum dalam menjamin satu bahasa yang boleh
menyatupadukan pelbagai kaum. Selain daripada itu, cadangan mengenai sekolah
kebangsaan yang menggalakkan murid daripada pelbagai kaum bersekolah di sekolah
yang sama dengan menggunakan satu bahasa dan
satu kurikulum yang selaras dengan bahasa Melayu sebagai bahasa
penghantar.
Fungsi bahasa Melayu
sebagai bahasa penghantar disekolah
Berdasarkan
Penyata Razak yang menekan kepentingan bahasa Melayu perlu di beri keutamaan
sebagai bahasa penghantar di sekolah dengan mengesorkan bahasa Melayu digunakan
di sekolah-sekolah. Tujuan utama penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa
penghantar disekolah adalah untuk menggalakkan hubungan di antara kaum yang
terdapat di Malaysia saling berhubung di antara satu sama lain dalam
menjalinkan hubungan yang lebih baik. Ini menunjukkan kepentingan bahasa Melayu
dalam memupuk perpaduan antara kaum. Dengan kesedaran ini kerajaan telah
menetapkan bahawa bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa
perpaduan dan bahasa komunikasi.
Bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan
Menyedari
bahawa bahasa Melayu adalah bahasa yang perlu digunakan di dalam hubungan di
antara kaum di negara kita, kerajaan telah menjadikan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan negara kita. Mulai tahun 1970, bahasa Melayu secara
berperingkat telah menggantikan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar
disekolah-sekolah. Di mana semua sekolah perlu menggunakan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan dalam berhubung di antara satu sama lain. Sebuah
badan berkanun iaitu Dewan Bahasa Dan Pustaka bertanggungjawab untuk memajukan
dan memperkayakan bahasa Melayu. Kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara yang berpaksikan
perkara 152 perlembagaan persekutuan, selain daripada akta bahasa kebangsaan
dan akta pendidikan yang sedia ada.
Sehingga kini kita dapat melihat bahawa bahasa Melayu digunakan di
sekolah-sekolah di negara ini secara meluas dan dipelajari oleh semua golongan
kaum di Malaysia dan diterima pakai oleh pelbagai kaum di Malaysia sebagai
bahasa kebangsaan Malaysia.
Bahasa Melayu sebagai
bahasa perpaduan
Menurut
Kamus Dewan (1994), perpaduan bermaksud penggabungan, perihal bergabung menjadi
satu dan sebagainya. Dengan erti kata lain, perpaduan dapat diertikan sebagai
hubungan erat bersifat tolenrasi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan
dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas.
Perpaduan adalah satu proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk
satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan negara. Selaras
dengan dasar pendidikan, bahasa Melayu diajar sebagai mata pelajaran wajib dan
telah dijadikan bahasa penghantar utama
bagi semua peringkat pendidikan seperti dari peringkat sekolah rendah
sehinggalah ke pengajian tinggi di Malaysia. Mata pelajaran ini menekan kan
kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa Melayu. Peranan
bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan dapat dilihat dari aspek penyatuan
antara kaum dengan menggunakan bahasa yang sama dalam satu sistem pendidikan
yang di guna pakai oleh setiap kaum yang menggunakan bahasa Melayu sebagai
bahasa penghantar. Berlainan dengan sekolah yang menggunakan bahasa daripada
kaum selain daripada kaum Melayu iaitu cina dan india yang telah menggunakan
bahasa ibunda mereka di sekolah, mereka menjalankan haluan masing-masing dan
tidak dapat melahirkan satu identiti bangsa. Penggunaan bahasa Melayu sebagai
bahasa penhantar di peringkat sekolah ini dapat mendidik murid-murid atau pelajar-pelajar
tentang hubungan perpaduan antara kaum dalam membentuk satu identiti warga Malaysia yang sebenar yang
boleh di kenali oleh negara lain sebagai bangsa Malaysia dan membentuk
perpaduan daripada peringkat awal sehinggalah kepada peringkat seterusnya.
Bahasa
Melayu sebagai Bahasa komunikasi
Berdasarkan
Kamus Dewan, komunikasi bermaksud satu interaksi di antara hidupan untuk
berhubung di antara satu sama lain di dalam kehidupan seharian. Manusia
menggunakan bahasa sebagai alat komunikasi yang penting dalam kehidupan
seharian. Hal ini demikian kerana bahasa dan pertuturan yang membezakan manusia
dengan haiwan. Komunikasi merupakan satu elemen yang sangat penting dalam
mengeratkan hubungan di antara kaum yang menggunakan bahasa yang berlainan.
Dengan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar di sekolah,
komunikasi di antara kaum dapat diperluaskan dengan hubungan komunikasi yang
dapat membantu dari segi mengenali antara satu sama lain dengan menggunakan
bahasa Melayu, seterusnya mengeratkan hubungan di antara kaum.
Kepentingan bahasa
Melayu dalam sistem pendididikan
Di
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan individu yang
berilmu pengetahuan , petikan ini menunjukkan bahawa negara kita ingin
melahirkan insan yang berpengetahuan dan berguna dimasa akan datang dalam
menyumbang kepada negara. Petikan ini dapat membantu dalam menjadikan bahasa
ilmu yang boleh digunakan di Malaysia dan luar negara dalam memperoleh ilmu. Bahasa Melayu merupakan suatu bahasa yang
dapat menjadi bahasa pengantara untuk menyampaikan ilmu pengetahuan daripada
peringkat yang rendah sehinggalah kepada peringkat yang lebih tinggi dan
diiktiraf semua pihak tentang penggunaannya.
Bahasa
Melayu sebagai bahasa ilmu
Bahasa Melayu telah menjadi satu bahasa ilmu
setelah sekian lama. Ini dapat ditunjukkan dalam penggunaan untuk mengungkap
konsep-konsep dan proses-proses yang tinggi serta kompleks, terutama sekali
dalam bidang agama, falsafah, sastera dan budaya. Konsep-konsep dan proses-proses
ini dapat di lihat dengan penggunaan nya di dalam pengajaran dan pembelajaran
yang disampaikan di sekolah sebagai satu pendidikan yang digunakan. Selain
daripada itu penggunaan bahasa Melayu dalam ilmu dapat dilihat dengan
penghasilan banyak buku ilmiah yang dihasilkan dan boleh dijadikan sebagai
bahan rujukan kepada para pelajar-pelajar di negara ini dalam menimba ilmu.
Selain daripada peringkat sekolah, pusat pengajian tinggi juga turut
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar dan turut dipelajari oleh
pelajar luar negara dalam menuntut ilmu di dalam negara ini.
Bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi
Bahasa
rasmi ialah bahasa yang digunakan secara meluas oleh pihak kerajaan dari segi
peringkat menteri sehinggalah ke peringkat bawahan. Bahasa rasmi menjadi satu lambang serta
simbol identiti sesebuah negara dan kebiasaannya digunakan dalam pentadbiran
sesebuah negara terutamanya dalam urusan rasmi. Bahasa Melayu dalam sistem
pendidikan di negara kita adalah sangat penting, kerana kebanyakan proses
pendidikan di sekolah menggunakan bahasa rasmi iaitu bahasa Melayu. Bahasa
Melayu merupakan bahasa utama dalam komunikasi, pengajaran dan pembelajaran,
peperiksaan, urusan pentadbiran dan sebagainya. Bahasa Melayu digunakan secara
meluas dalam sistem pendidikan dari peringkat sekolah rendah sehingga ke
peringkat pengajian tinggi. Dengan penekanan bahasa Melayu perlu lulus untuk
melanjutkan pelajaran dan wajib dipelajari oleh semua pelajar.
Bahasa
Melayu sebagai bahasa contoh
Merujuk
kepada penggunaan bahasa Melayu yang meluas di dalam sistem pendidikan negara,
iaitu dari segi penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, sebagai bahasa
penghantar, sebagai bahasa komunikasi dan sebagainya. Ini menunjukkan bahawa
bahasa Melayu adalah satu lambang atau contoh kepada satu sistem bahasa yang
mantap dari segi pengantara untuk menyampaikan ilmu pengetahuan sehingga ke
peringkat tinggi dan diperkenalkan seiring dengan penekanan terhadap budaya
ilmu. Bahasa Melayu tidak berada lagi di tahap yang rendah kerana ia telah
mencapai taraf cendiakawan dan bahasa saintifik. Dengan ini sistem pendidikan
negara kita telah menjadikan bahasa Melayu sebagai satu bahasa yang rasmi dalam
sistem pendidikan yang menjadi contoh berdasarkan kemantapan yang ditunjukkan melalui
penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, sebagai bahasa komunikasi,
sebagai bahasa perantaraan, sebagai bahasa rasmi dan sebagai bahasa perpaduan
di Malaysia. Dengan ini bahasa Melayu merupakan satu contoh bahasa yang terbaik
yang perlu di jadikan rujukan kepada negara lain dalam memantapkan bahasa.
Dengan ini kedudukan bahasa Melayu di
dalam sistem pendidikan negara kita perlu dimantapkan untuk memastikan
bahasa Melayu ialah bahasa yang menjadi identiti Malaysia di mata dunia.
Refleksi
Bahasa
Melayu merupakan satu bahasa yang boleh digunakan dalam sistem pendidikan
negara untuk bahasa ilmu, bahasa perpaduan, bahasa komunikasi, bahasa rasmi dan
pelbagai lagi kegunaan bahasa Melayu yang mampu melonjakkan martabat bahasa.
Kedudukan bahasa Melayu perlu dimantapkan untuk menjamin kekuatan dalam
penggunaannya secara meluas dari semua peringkat seperti dari segi sistem
pendidikan, pentadbiran dan sebagainya. Pemantapan bahasa Melayu di Malaysia
dapat menunjukkan identiti sebenar negara kita kepada seluruh dunia. “Bahasa
jiwa bangsa”
Wednesday, 14 November 2012
rancangan pengajaran harian
RANCANGAN
PENGAJARAN HARIAN (MAKRO)
Tarikh :
7/9/2012
Hari :
Jumaat
Masa : 7.45 -8.45
Kelas : 4 Kreatif
Subjek :
Sains
Tema
: Menyiasat Alam Hidupan
Tajuk : Keperluan asas hidupan
Standard
kandungan :
-Memahami
bahawa manusia memerlukan keperluan asas.
Standard
pembelajaran :
-Kenalpasti
keperluan asas manusia.
ABM
:
-Tayangan
video, kad imbasan.
Pengisian
Kurikulum :
i.
Ilmu : Keperluan asas manusia – air,
udara, makanan dan tempat perlindungan
ii. Nilai : Kesyukuran,
iii. Elemen merentas kurikulum : Teknologi
iv.
Kemahiran : Pemerhatian dan menganalisis
data.
Gabungjalin kemahiran : Pendidikan
Seni dan pendidikan Moral.
Pengatahuan
sedia ada : Keperluan makanan untuk hidup.
Strategi
: Inkuiri penemuan
Subscribe to:
Posts (Atom)