Saturday 24 November 2012

kita buat perbandingan diantara sistem pendidikan negara kita dengansisitem pendidikan dinegara mereka.

peranan bahasa melayu dalam sistem pendidikan


BAHASA MELAYU DALAM SISTEM PENDIDIKAN NEGARA

Pengenalan

Bahasa ialah satu sistem bunyi yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia, iaitu di antara seorang individu dengan individu yang lain. Kebiasaannya bahasa menggunakan peraturan dan gaya yang direka bentuk khusus oleh manusia untuk kegunaan tertentu. Terdapat beberapa sifat bahasa iaitu mempunyai sistem, mempunyai lambang, terdiri daripada bunyi, bermakna, arbitrari, bersifat konvensional, produktif, unik, universal, dinamik, bervariasi, bebas dan manusiawi. Bahasa Melayu juga merupakan satu bahasa yang digunakan di Malaysia sebagai bahasa rasmi dalam pelbagai bentuk komunikasi di Malaysia. Terdapat pelbagai teori mengenai asal usul bahasa Melayu, antaranya ialah bahasa Melayu berasal dari Yunan dan Nusantara. Menurut Asmah Haji Omar “ bahawa pemindahan orang Melayu dari daratan Asia ke  Nusantara ini tidaklah sekali gus dan juga tidak melalui satu laluan. Ada yang melalui daratan, iaitu semenanjung, melalui Lautan Hindi dan ada pula yang melalui lautan China. Namun beliau menolak pendapat yang mengatakan bahawa pada mulanya asal bahasa mereka satu perbezaan yang berlaku kemudian adalah kerana faktor  komunikasi”. Berdasarkan penjelasan teori yang telah di kaji, bahasa Melayu dikenali sebagai bahasa Lingua Franca. Di mana terdapat pelbagai bahasa asing yang telah diambil daripada hubungan di antara pedagang atau migrasi daripada negara luar. Bahasa Melayu kini telah di nobatkan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa penghantar ilmu sejak kemerdekaan negara pada tahun 1957. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi diwartakan dalam perlembagaan Persekutuan, sementara kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi khusus diwartakan dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1967 dan sebagai bahasa penghantar ilmu pila diwartakan dalam Akta Pendidikan 1961 dan kemudian dalam Akta Pendidikan 1996. Bahasa Melayu yang digunakan di negara ini perlu di perkukuhkan kedudukannya dari segi penggunaan di dalam negara mahu pun di luar negara. Terdapat beberapa langkah dalam memartabatkan bahasa Melayu iaitu di dalam sistem Pendidikan negara, iaitu daripada peringkat sekolah rendah sehingga ke peringkat pengajian tinggi. Kesedaran tentang pemantapan bahasa Melayu perlu dipertingkatkan di kalangan setiap warga Malaysia untuk memartabatkan bahasa Melayu.

Pemantapan bahasa Melayu dan Penyata Razak

Penyata Razak 1956 merupakan satu cadangan yang dibuat oleh jawatankuasa oleh kerajaan Malaysia bagi mengkaji semula sistem pendidikan di Malaysia. Jawatankuasa pelajaran ini ditubuhkan pada bulan September 1955 dan dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu Tun Abdul Razak Hussein. Dalam Penyata Razak Pemantapan bahasa Melayu di dalam sistem pendidikan ditekan  iaitu, cadangan dikemukakan oleh penyata Razak yang diluluskan oleh kerajaan persekutuan Tanah Melayu dan antara perkara penting yang dicadangkan adalah mewujudkan dua jenis sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar semasa pengajaran dan pembelajaran di jalankan di sekolah. Para pemimpin terdahulu telah sedar dengan kepentingan bahasa Melayu di Tanah Melayu dengan membawa kesan yang baik dalam pelbagai bentuk penggunaannya di kalangan kaum yang pelbagai iaitu bangsa Melayu, cina dan india. Selain daripada itu, kesedaran mengenai penyelarasan cara berhubung dengan di antara kaum dalam menjamin satu bahasa yang boleh menyatupadukan pelbagai kaum. Selain daripada itu, cadangan mengenai sekolah kebangsaan yang menggalakkan murid daripada pelbagai kaum bersekolah di sekolah yang sama dengan menggunakan satu bahasa dan  satu kurikulum yang selaras dengan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar.

Fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar disekolah

Berdasarkan Penyata Razak yang menekan kepentingan bahasa Melayu perlu di beri keutamaan sebagai bahasa penghantar di sekolah dengan mengesorkan bahasa Melayu digunakan di sekolah-sekolah. Tujuan utama penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar disekolah adalah untuk menggalakkan hubungan di antara kaum yang terdapat di Malaysia saling berhubung di antara satu sama lain dalam menjalinkan hubungan yang lebih baik. Ini menunjukkan kepentingan bahasa Melayu dalam memupuk perpaduan antara kaum. Dengan kesedaran ini kerajaan telah menetapkan bahawa bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa komunikasi.

Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

Menyedari bahawa bahasa Melayu adalah bahasa yang perlu digunakan di dalam hubungan di antara kaum di negara kita, kerajaan telah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara kita. Mulai tahun 1970, bahasa Melayu secara berperingkat telah menggantikan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar disekolah-sekolah. Di mana semua sekolah perlu menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam berhubung di antara satu sama lain. Sebuah badan berkanun iaitu Dewan Bahasa Dan Pustaka bertanggungjawab untuk memajukan dan memperkayakan bahasa Melayu. Kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara yang berpaksikan perkara 152 perlembagaan persekutuan, selain daripada akta bahasa kebangsaan dan akta pendidikan yang sedia ada.  Sehingga kini kita dapat melihat bahawa bahasa Melayu digunakan di sekolah-sekolah di negara ini secara meluas dan dipelajari oleh semua golongan kaum di Malaysia dan diterima pakai oleh pelbagai kaum di Malaysia sebagai bahasa kebangsaan Malaysia.

Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan
Menurut Kamus Dewan (1994), perpaduan bermaksud penggabungan, perihal bergabung menjadi satu dan sebagainya. Dengan erti kata lain, perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat tolenrasi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Perpaduan adalah satu proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan negara. Selaras dengan dasar pendidikan, bahasa Melayu diajar sebagai mata pelajaran wajib dan telah dijadikan  bahasa penghantar utama bagi semua peringkat pendidikan seperti dari peringkat sekolah rendah sehinggalah ke pengajian tinggi di Malaysia. Mata pelajaran ini menekan kan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa Melayu. Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan dapat dilihat dari aspek penyatuan antara kaum dengan menggunakan bahasa yang sama dalam satu sistem pendidikan yang di guna pakai oleh setiap kaum yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar. Berlainan dengan sekolah yang menggunakan bahasa daripada kaum selain daripada kaum Melayu iaitu cina dan india yang telah menggunakan bahasa ibunda mereka di sekolah, mereka menjalankan haluan masing-masing dan tidak dapat melahirkan satu identiti bangsa. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa penhantar di peringkat sekolah ini dapat mendidik murid-murid atau pelajar-pelajar tentang hubungan perpaduan antara kaum dalam membentuk satu  identiti warga Malaysia yang sebenar yang boleh di kenali oleh negara lain sebagai bangsa Malaysia dan membentuk perpaduan daripada peringkat awal sehinggalah kepada peringkat seterusnya.
Bahasa Melayu sebagai Bahasa komunikasi
Berdasarkan Kamus Dewan, komunikasi bermaksud satu interaksi di antara hidupan untuk berhubung di antara satu sama lain di dalam kehidupan seharian. Manusia menggunakan bahasa sebagai alat komunikasi yang penting dalam kehidupan seharian. Hal ini demikian kerana bahasa dan pertuturan yang membezakan manusia dengan haiwan. Komunikasi merupakan satu elemen yang sangat penting dalam mengeratkan hubungan di antara kaum yang menggunakan bahasa yang berlainan. Dengan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar di sekolah, komunikasi di antara kaum dapat diperluaskan dengan hubungan komunikasi yang dapat membantu dari segi mengenali antara satu sama lain dengan menggunakan bahasa Melayu, seterusnya mengeratkan hubungan di antara kaum. 

Kepentingan bahasa Melayu dalam sistem pendididikan
Di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan individu yang berilmu pengetahuan , petikan ini menunjukkan bahawa negara kita ingin melahirkan insan yang berpengetahuan dan berguna dimasa akan datang dalam menyumbang kepada negara. Petikan ini dapat membantu dalam menjadikan bahasa ilmu yang boleh digunakan di Malaysia dan luar negara dalam memperoleh ilmu.  Bahasa Melayu merupakan suatu bahasa yang dapat menjadi bahasa pengantara untuk menyampaikan ilmu pengetahuan daripada peringkat yang rendah sehinggalah kepada peringkat yang lebih tinggi dan diiktiraf semua pihak tentang penggunaannya.
Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu
 Bahasa Melayu telah menjadi satu bahasa ilmu setelah sekian lama. Ini dapat ditunjukkan dalam penggunaan untuk mengungkap konsep-konsep dan proses-proses yang tinggi serta kompleks, terutama sekali dalam bidang agama, falsafah, sastera dan budaya. Konsep-konsep dan proses-proses ini dapat di lihat dengan penggunaan nya di dalam pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan di sekolah sebagai satu pendidikan yang digunakan. Selain daripada itu penggunaan bahasa Melayu dalam ilmu dapat dilihat dengan penghasilan banyak buku ilmiah yang dihasilkan dan boleh dijadikan sebagai bahan rujukan kepada para pelajar-pelajar di negara ini dalam menimba ilmu. Selain daripada peringkat sekolah, pusat pengajian tinggi juga turut menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar dan turut dipelajari oleh pelajar luar negara dalam menuntut ilmu di dalam negara ini.
Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
Bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan secara meluas oleh pihak kerajaan dari segi peringkat menteri sehinggalah ke peringkat bawahan.  Bahasa rasmi menjadi satu lambang serta simbol identiti sesebuah negara dan kebiasaannya digunakan dalam pentadbiran sesebuah negara terutamanya dalam urusan rasmi. Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan di negara kita adalah sangat penting, kerana kebanyakan proses pendidikan di sekolah menggunakan bahasa rasmi iaitu bahasa Melayu. Bahasa Melayu merupakan bahasa utama dalam komunikasi, pengajaran dan pembelajaran, peperiksaan, urusan pentadbiran dan sebagainya. Bahasa Melayu digunakan secara meluas dalam sistem pendidikan dari peringkat sekolah rendah sehingga ke peringkat pengajian tinggi. Dengan penekanan bahasa Melayu perlu lulus untuk melanjutkan pelajaran dan wajib dipelajari oleh semua pelajar.
Bahasa Melayu sebagai bahasa contoh
Merujuk kepada penggunaan bahasa Melayu yang meluas di dalam sistem pendidikan negara, iaitu dari segi penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, sebagai bahasa penghantar, sebagai bahasa komunikasi dan sebagainya. Ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu adalah satu lambang atau contoh kepada satu sistem bahasa yang mantap dari segi pengantara untuk menyampaikan ilmu pengetahuan sehingga ke peringkat tinggi dan diperkenalkan seiring dengan penekanan terhadap budaya ilmu. Bahasa Melayu tidak berada lagi di tahap yang rendah kerana ia telah mencapai taraf cendiakawan dan bahasa saintifik. Dengan ini sistem pendidikan negara kita telah menjadikan bahasa Melayu sebagai satu bahasa yang rasmi dalam sistem pendidikan yang menjadi contoh berdasarkan kemantapan yang ditunjukkan melalui penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, sebagai bahasa komunikasi, sebagai bahasa perantaraan, sebagai bahasa rasmi dan sebagai bahasa perpaduan di Malaysia. Dengan ini bahasa Melayu merupakan satu contoh bahasa yang terbaik yang perlu di jadikan rujukan kepada negara lain dalam memantapkan bahasa. Dengan ini kedudukan bahasa Melayu di  dalam sistem pendidikan negara kita perlu dimantapkan untuk memastikan bahasa Melayu ialah bahasa yang menjadi identiti Malaysia di mata dunia.
Refleksi

Bahasa Melayu merupakan satu bahasa yang boleh digunakan dalam sistem pendidikan negara untuk bahasa ilmu, bahasa perpaduan, bahasa komunikasi, bahasa rasmi dan pelbagai lagi kegunaan bahasa Melayu yang mampu melonjakkan martabat bahasa. Kedudukan bahasa Melayu perlu dimantapkan untuk menjamin kekuatan dalam penggunaannya secara meluas dari semua peringkat seperti dari segi sistem pendidikan, pentadbiran dan sebagainya. Pemantapan bahasa Melayu di Malaysia dapat menunjukkan identiti sebenar negara kita kepada seluruh dunia. “Bahasa jiwa bangsa”

Wednesday 14 November 2012

rancangan pengajaran harian


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (MAKRO)

Tarikh              : 7/9/2012
Hari                 : Jumaat
Masa                : 7.45 -8.45
Kelas               : 4 Kreatif
Subjek             : Sains
Tema               : Menyiasat Alam Hidupan
Tajuk               : Keperluan asas hidupan
Standard kandungan :
-Memahami bahawa manusia memerlukan keperluan asas.
Standard pembelajaran :
-Kenalpasti keperluan asas manusia.
ABM               :
-Tayangan video, kad imbasan.
Pengisian Kurikulum :
i.          Ilmu : Keperluan asas manusia – air, udara, makanan dan tempat perlindungan
ii.         Nilai : Kesyukuran,
iii.        Elemen merentas kurikulum : Teknologi  
iv.        Kemahiran : Pemerhatian dan menganalisis data.
            Gabungjalin kemahiran : Pendidikan Seni dan pendidikan Moral.
Pengatahuan sedia ada : Keperluan makanan untuk hidup.
Strategi            : Inkuiri penemuan