Isi kandungan
Bil
|
Kandungan
|
Halaman
|
1.
|
Pengenalan
|
1
|
2.
|
Refleksi awal P&P yang lalu dan isu keperihatinan yang dihadapi
|
1
|
3.
|
Kumpulan sasaran
|
2
|
4.
|
Objektif kajian
|
2
|
5.
|
Kepentingan kajian
|
3
|
6.
|
Pelaksanaan kajian
|
4
|
7.
|
Analisa tinjauan masalah
|
5
|
8.
|
Merancang tindakan
|
6
|
9.
|
Pemantauan kajian
|
6
|
10.
|
Penilaian kajian
|
7
|
11.
|
Cadangan kajian tindakan di masa akan
datang
|
8
|
12.
|
Lampiran (soalan kajian)
|
9
|
Laporan Kajian
Tindakan – Sains
Memupuk minat
minat untuk menjawab soalan bahagian struktur
Pengenalan
kajian
ini telah dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti kaedah yang sesuai masalah
dalam menarik minat murid tahun 4 untuk menjawab soalan sains dalam bentuk
struktur. Seramai 35 orang murid, 20 murid ialah lelaki dan 15 murid perempuan.
Murid di dalam kelas ini merupakan murid yang lemah jika dibandingkan dengan
kelas-kelas yang lain. Ke semua murid berasal daripada kampung daripada kaum
orang asli. Berdasarkan keputusan peperiksaan pertengahan tahun 2012, seramai
10 murid ini gagal. Saya telah membuat pemerhatian terhadap kertas ujian yang
telah mereka jawab, saya mendapati mereka hanya menjawab soalan bahagian A
iaitu soalan objektif dan mereka tidak menjawab soalan bahagian B iaitu sialan
struktur. Kebiasaan soalan sains bahagian B melibatkan soalan kemahiran proses
sains.
Refleksi awal
P&P yang lalu dan isu keperihatian yang dihadapi
Mata
pelajaran sains ialah satu mata pelajaran teras yang perlu diberi perhatian
oleh guru dan pihak pentadbiran sekolah dalam pencapaian atau keputusan yang
baik dalam sebagai petunjuk kepada penguasaan murid bagi setiap topik. Semasa
peperiksaan pertengahan tahun 2012, terdapat 10 orang murid yang gagal dalam
mata pelajaran sains. Kebanyakan pelajar yang gagal tidak menjawab soalan
berstruktur iaitu bahagian B. Dalam soalan bahagian B, terdapat beberapa
kemahiran proses sains yang perlu dikuasai oleh murid dengan menghafal dan
memahami kemahiran tersebut. Antara soalan
yang terlibat ialah , tujuan penyiasatan.Dalam
menjawab soalan yang melibatkan kemahiran proses sains ini, kebanyakan semua
pelajar daripada tahun 3, 4, 5 dan 6 mempunyai masalah yang sama dalam
kesukaran menjawab soalan bahagian B. Terdapat beberapa orang pelajar yang
menghafal teknik menjawab soalan bahagian B tetapi tidak memahami maksud
sebenar kemahiran proses sains. Terdapat juga sesetengah pelajar yang masih
tidak memahami kehendak soalan. Mereka beranggapan bahawa soalan yang
melibatkan penulisan adalah sesuatu yang rumit dan mereka tidak mahu menjawab
soalan tersebut. Kesimpulannya murid
lebih suka menjawab soalan objektif, dengan hanya menandakan A, B, C dan D
tanpa memikirkan jawapan yang perlu di tulis. Berbanding dengan soalan bahagian
B yang berbentuk penulisan yang memerlukan mereka untuk berfikir. Mereka
mengambil jalan mudah dengan tidak menjawab soalan atau menulis semula soalan.
Kumpulan sasaran
Berdasarkan
bilangan yang gagal seramai 10 orang murid dan mereka tidak menjawab soalan
bahagian B. kebanyakan mereka ialah murid yang lemah dalam penulisan dan tidak
berminat dengan sesuatu soalan yang rumit. Mereka lebih suka menjawab soalan
bahagian A iaitu soalan objektif. Kebanyakan mereka ialah murid orang asli yang
tinggal di pendalaman yang masih kurang dengan kemahiran asas untuk belajar
iaitu membaca dan mengira. Kelemahan mereka ini merupakan satu cabaran baru
guru untuk membantu mereka menjawab soalan.
Objektif kajian
Tujuan
kajian ialah untuk membantu murid memahami bentuk soalan sains dari segi
kemahiran menjawab soalan tujuan
penyiasatan menjawab soalan sains dalam bentuk struktur (bahagian B).
a)
Objektif am : meningkatkan kemahiran murid
menjawab soalan sains yang melibatkan
Kemahiran proses sains
b)
Objektif khusus : murid memahami dan
mahir menjawab soalan dalam bentuk struktur dengan
Mnggunakan Kemahiran
pembolehubah dimanipulasi (PM) dan bergerakbalas(PB).
terdapat
beberapa teknik untuk menjawab soalan tujuan penyiasatan iaitu:
Bentuk soalan : Tujuan
penyiasatan
Tumbuhan A Tumbuhan
B
Satu penyiasatan di jalankan ke atas keperluan asas tumbuhan
iaitu air. Tumbuhan A disiram air manakala tumbuhan B tidak disiram air selama
seminggu.
Keputusan :
Tumbuhan
|
Keadaan tumbuhan selepas seminggu
|
Tumbuhan A
|
Hidup subur
|
Tumbuhan B
|
Mati
|
1.
Apakah tujuan penyiasatan di dalam eksperimen
yang telah dijalankan ?
a) Jawapan yang betul
Untuk mengkaji hubungan di antara kehadiran
air dengan keadaan tumbuhan selepas seminggu (dimanipulasi) (bergerak balas)
b) Jawapan yang salah
Untuk mengkaji hubungan di antara kehadiran air dan keadaan
tumbuhan selepas seminggu
c) jawapan yang salah
Untuk mengkaji
hubungan di antara tumbuhan A dengan tumbuhan
B
Terdapat
beberapa kekeliruan di antara jawapan yang diberikan oleh murid, iaitu
kesalahan dari susunan ayat, kesalahan menggunakan kemahiran iaitu pemboleh
ubah di manipulasi dan pemboleh ubah bergerak balas dan kesalahan menggunakan
perkataan penghubung(dan), murid sepatutnya menggunakan dengan untuk
menghubungkan perkaitan di antara tindakan yang diubah kepada hasil dapatan
selepas aktiviti dijalankan.
Kepentingan kajian
Kajian
ini dijalankan untuk membantu murid belajar dalam menjalankan aktiviti atau
eksperimen semasa kelas dijalankan. Dalam menjalankan aktiviti, murid perlu
mempelajari beberapa kemahiran yang penting iaitu kemahiran proses sains (kps).
Selepas murid mempelajari dan boleh menguasai kemahiran ini maka murid dapat
menjawab soalan sains semasa dalam menjalankan aktiviti dan dapat menjawab
soalan sains di dalam peperiksaan. Selain daripada itu murid menggunakan
kemahiran ini dengan mengaplikasikannya di dalam kehidupan seharian yang
melibatkan kemahiran yang terdapat dalam proses aktiviti sains. Selain daripada
kemahiran ini digunakan di dalam kehidupan seharian murid, kepentingan kajian
ini adalah untuk membantu guru-guru sains dalam meningkat kemahiran mereka
dalam pengajaran di dalam kelas. Selain daripada itu, kemahiran ini membantu
guru dalam mengajar mata pelajaran sains dengan lebih berkesan. Masalah penguasaan kemahiran ini telah di kesan oleh guru-guru sains dan
kemahiran ini merupakan salah satu kemahiran yang kurang dikuasai oleh murid.
Pelaksanaan kajian
Tinjauan masalah
Masalah pembelajaran
murid dapat dikenal pasti selepas peperiksaan dijalankan, dengan merujuk kepada
keputusan peperiksaan. Sekiranya terdapat murid yang gagal, ini menunjukkan terdapat masalah dalam pengajaran
guru atau murid dalam menjawab soalan.
Berikut merupakan beberapa langkah yang telah dijalankan ke atas
murid-murid.
Pemerhatian :
1. Pemerhatian
dijalankan ke atas murid dengan
memerhati dari segi minat murid tentang pengajaran dan pembelajaran yang telah
dijalankan. Murid kurang berminat dan tidak memberi tumpuan semasa P&P
dijalankan.
2. Temu
bual dijalankan untuk mendapat maklum balas murid mengenai P&P dijalankan.
Kebanyakan murid tidak berminat dengan mata pelajaran sains yang memerlukan
murid untuk berfikir dan menggunakan kemahiran proses sains untuk menjawab
soalan atau menyelesaikan masalah.
Ujian pra :
1. Ujian
pra dijalankan untuk melihat kefahaman murid mengenai kemahiran menjawab soalan
mengenai kemahiran proses sains. Terdapat
3 orang murid tidak menjawab soalan mereka hanya menulis semula soalan.
Manakala 7 orang murid lagi menjawab soalan tetapi terdapat beberapa kesalahan
yang dilakukan dari segi susunan perkataan (kaedah menjawab) dan kesalahan
menggunakan kemahiran proses sains.
Buku latihan :
1. Kesemua
murid yang terlibat tidak membuat latihan dengan lengkap contohnya jawapan yang
tidak lengkap dan jawapan yang salah.
2. Mereka
tidak membuat pembetulan selepas semakan guru.
Analisa tinjauan masalah
Hasil daripada tinjauan
masalah melalui tiga kaedah yang digunakan iaitu pemerhatian, ujian pra dan
buku latihan/nota, saya mendapati bahawa murid tidak berminat mata pelajaran
sains dan tidak menyukai latihan yang dalam bentuk struktur.
Merancang tindakan
1. Pelaksanaan
program “siapa betul PM dan PB”.
2. Kemahiran
yang ditekan kan ialah, Pemboleh ubah di manipulasi dan pemboleh ubah bergerak
balas.
3. Cara
pelaksanaan.
a)
Dijalankan semasa perhimpunan dan sewaktu
senggang murid (rehat/lepas waktu kelas)
b)
Program ini dijalankan oleh guru sains yang
mengajar kelas tersebut.
c)
Murid bergerak dalam 5 orang satu kumpulan
d)
Murid diberikan satu hari satu soalan dan
mengumpul soalan selama seminggu dan dinilai oleh guru.
e)
Program ini dijalankan sebulan sekali.
f)
Ujian akan dijalankan oleh guru selepas sebulan
sekali yang bertujuan untuk menilai kefahaman murid terhadap kemahiran yang
telah dipelajari secara berkumpulan.
4. Jadual
pelaksanaan :
Bil
|
Aktiviti/Tugasan
|
Tarikh
|
1.
|
Membuat tinjauan masalah melalui semakan latihan, soal
selidik dan Ujian-Pra.
|
3/1/2012 -
5/1/2012
|
2.
|
Menyediakan proposal Kajian Tindakan.
|
7/1/2012 -
11/1/2012
|
3.
|
Melaksanakan Kajian Tindakan.
|
13/1/2012 -
20/1/2012
|
4.
|
Menyiapkan Laporan Kajian Tindakan.
|
21/1/2012 - 30/1/2012
|
5.
|
Menyerahkan Laporan Kajian
|
31/1/2012
|
Pemantauan kajian
Sepanjang
program ini dijalankan, pada permulaannya murid kurang berminat dengan program
ini. Tetapi guru telah membahagi murid kepada bentuk kumpulan mengikut pilihan
masing-masing seramai 5 orang murid.
Guru mengumumkan setiap kumpulan akan menerima hadiah sekiranya membuat
kemahiran proses sains yang diberikan oleh guru secara berterusan dengan betul
dan dilakukan secara berkumpulan. Setelah murid melakukan aktiviti secara
berkumpulan, saya mendapati terdapat beberapa kumpulan murid atau secara
individu murid yang datang berjumpa dengan guru untuk meminta nasihat guru
untuk memastikan jawapan yang di buat dengan betul dan mengikut kehendak guru.
Penilaian
kajian
Penilaian
dijalankan secara berterusan iaitu di mana terdapat dua cara penilaian. Yang
pertama guru menilai secara tidak langsung, iaitu dengan membuat pemerhatian
jawapan yang diberikan oleh guru pada setiap bulan, manakala penilai yang kedua
pula ialah penilaian berdasarkan berdasarkan peperiksaan pertengahan tahun dan
akhir tahun. Berdasarkan penilaian yang
telah dibuat, terdapat beberapa murid yang boleh membuat soalan yang berkaitan
dengan kemahiran proses sains dan berminat untuk melakukan atau menjawab
soalan. Berdasarkan bilangan murid sasaran seramai 10 orang, kesemua murid
tersebut menjawab soalan bahagian B, berbanding sebelum ini kesemua mereka
tidak menjawab soalan bahagian B. seramai 7 orang murid boleh menjawab soalan
ini manakala 3 orang lagi yang masih tidak boleh menjawab soalan ini dengan
tidak menggunakan panduan yang diberikan oleh guru manakala bagi 7 orang murid
yang boleh menjawab mereka menggunakan kemahiran dengan panduan guru.
a)
Kekuatan :
-
Selepas menjalankan kajian terhadap murid yang
bermasalah dalam menjawab soalan sains, saya mendapati murid mempunyai kekuatan
iaitu mereka boleh mengikut arahan yang disampaikan oleh guru. Contohnya mereka
akan cuba menyiapkan aktiviti yang dijalankan dengan mengikut arahan seperti
waktu aktiviti yang telah ditetapkan. Selain daripada itu juga mereka suka
melakukan sesuatu aktiviti secara berkumpulan (bekerjasama) dengan bantuan
rakan-rakan dalam kumpulan dan mereka lebih tertarik dengan aktiviti yang menarik.
b)
Kelemahan
-
Kelemahan murid ialah kurang menguasai kemahiran
membaca, iaitu boleh membaca tetapi agak perlahan dalam membaca. Selain
daripada itu mereka juga cepat bosan dalam menjalankan aktiviti dan jemu untuk
membaca soalan yang agak panjang dan penulisan.
Cadangan kajian tindakan di masa akan datang
kajian telah dijalankan
masih terdapat seramai orang murid yang masih tidak dapat menguasai dan
tidak dapat menjawab soalan dengan betul. Di masa akan datang saya perlu
membuat sedikit perubahan untuk menambah baik kajian. Antara cadangan kajian di
masa akan datang ialah :
a) Melibatkan
murid dari kelas baik atau pintar sebagai
rakan pembimbing semasa aktiviti dijalankan.
b) Menggunakan
sudut sains sebagai tempat untuk menyediakan bahan sokongan untuk rujukan
murid.
c) Penglibatan
semua guru sains sebagai pembimbing murid dalam membantu murid mempelajari
kemahiran proses sains.
d) Menggunakan
nama program yang lebih menarik perhatian murid, contohnya “sayang PM (pemboleh
ubah di manipulasi) dan sayang PB (pemboleh ubah Bergerak balas) ”.
Lampiran
Soalan
pemahaman sains
1. Apakah
haiwan yang boleh beranak ?
a) Ayam
b) ular
b) Ikan
paus d) burung
2. Di
manakah burung tinggal ?
a) Sarang b)
air
b) Gua d) atas
pokok
3. Bagaimana
cara burung bergerak ?
a) Melompat
b) terbang
b) Bergayut
c)
berenang
4. Apakah
kegunaan pembaris ?
a) Membaca b) mengira
b) Menyukat d) menulis
5. Apakah
keperluan asas manusia ?
a) Makanan
b) Makanan
dan air
c) Makanan,
air dan tempat tinggal
d) Makanan,
air, tempat tinggal dan udara
Soalan
minat sains
1. Di
antara aktiviti berikut, aktiviti
manakah yang anda suka lakukan ?
a) Melukis
gambar b)
memerhati pertumbuhan pokok
2. Bagaimanakah
cara untuk menanam pokok ?
a) Menanam
pokok terus ke dalam tanah
b) Membubuh
baja, menanam pokok ke dalam tanah dan menyiram pokok.
3. Apakah
jenis pekerjaan yang anda minat ?
a) Askar
b)
doktor
b) Jururawat
d)
polis
4. Antara
berikut mata pelajaran manakah yang anda suka ?
a) Sains b)
bahasa Melayu
5. Adakah
anda berminat dengan mata pelajaran sains ?
a) Ya
b)
tidak