Friday 7 December 2012

laporan kajian tindakan sains thn4




Isi kandungan
Bil
Kandungan
Halaman
1.
Pengenalan

1
2.
Refleksi awal P&P yang lalu dan isu keperihatinan yang dihadapi
1
3.
Kumpulan sasaran

2
4.
Objektif kajian

2
5.
Kepentingan kajian

3
6.
Pelaksanaan kajian

4
7.
Analisa tinjauan masalah

5
8.
Merancang tindakan

6
9.
Pemantauan kajian

6
10.
Penilaian kajian

7
11.
Cadangan kajian tindakan di masa akan datang

8
12.
Lampiran (soalan kajian)
9











Laporan Kajian Tindakan – Sains
Memupuk minat minat untuk menjawab soalan bahagian struktur
Pengenalan
kajian ini telah dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti kaedah yang sesuai masalah dalam menarik minat murid tahun 4 untuk menjawab soalan sains dalam bentuk struktur. Seramai 35 orang murid, 20 murid ialah lelaki dan 15 murid perempuan. Murid di dalam kelas ini merupakan murid yang lemah jika dibandingkan dengan kelas-kelas yang lain. Ke semua murid berasal daripada kampung daripada kaum orang asli. Berdasarkan keputusan peperiksaan pertengahan tahun 2012, seramai 10 murid ini gagal. Saya telah membuat pemerhatian terhadap kertas ujian yang telah mereka jawab, saya mendapati mereka hanya menjawab soalan bahagian A iaitu soalan objektif dan mereka tidak menjawab soalan bahagian B iaitu sialan struktur. Kebiasaan soalan sains bahagian B melibatkan soalan kemahiran proses sains.
Refleksi awal P&P yang lalu dan isu keperihatian yang dihadapi
Mata pelajaran sains ialah satu mata pelajaran teras yang perlu diberi perhatian oleh guru dan pihak pentadbiran sekolah dalam pencapaian atau keputusan yang baik dalam sebagai petunjuk kepada penguasaan murid bagi setiap topik. Semasa peperiksaan pertengahan tahun 2012, terdapat 10 orang murid yang gagal dalam mata pelajaran sains. Kebanyakan pelajar yang gagal tidak menjawab soalan berstruktur iaitu bahagian B. Dalam soalan bahagian B, terdapat beberapa kemahiran proses sains yang perlu dikuasai oleh murid dengan menghafal dan memahami kemahiran tersebut.  Antara soalan yang terlibat ialah , tujuan penyiasatan.Dalam menjawab soalan yang melibatkan kemahiran proses sains ini, kebanyakan semua pelajar daripada tahun 3, 4, 5 dan 6 mempunyai masalah yang sama dalam kesukaran menjawab soalan bahagian B. Terdapat beberapa orang pelajar yang menghafal teknik menjawab soalan bahagian B tetapi tidak memahami maksud sebenar kemahiran proses sains. Terdapat juga sesetengah pelajar yang masih tidak memahami kehendak soalan. Mereka beranggapan bahawa soalan yang melibatkan penulisan adalah sesuatu yang rumit dan mereka tidak mahu menjawab soalan tersebut. Kesimpulannya  murid lebih suka menjawab soalan objektif, dengan hanya menandakan A, B, C dan D tanpa memikirkan jawapan yang perlu di tulis. Berbanding dengan soalan bahagian B yang berbentuk penulisan yang memerlukan mereka untuk berfikir. Mereka mengambil jalan mudah dengan tidak menjawab soalan atau menulis semula soalan.


Kumpulan sasaran
Berdasarkan bilangan yang gagal seramai 10 orang murid dan mereka tidak menjawab soalan bahagian B. kebanyakan mereka ialah murid yang lemah dalam penulisan dan tidak berminat dengan sesuatu soalan yang rumit. Mereka lebih suka menjawab soalan bahagian A iaitu soalan objektif. Kebanyakan mereka ialah murid orang asli yang tinggal di pendalaman yang masih kurang dengan kemahiran asas untuk belajar iaitu membaca dan mengira. Kelemahan mereka ini merupakan satu cabaran baru guru untuk membantu mereka menjawab soalan.

Objektif kajian
Tujuan kajian ialah untuk membantu murid memahami bentuk soalan sains dari segi kemahiran menjawab soalan tujuan penyiasatan menjawab soalan sains dalam bentuk struktur (bahagian B). 
a)      Objektif am : meningkatkan kemahiran murid menjawab soalan sains yang melibatkan
          Kemahiran proses sains

b)       Objektif khusus : murid memahami dan mahir menjawab soalan dalam bentuk struktur dengan
                Mnggunakan Kemahiran pembolehubah dimanipulasi (PM) dan bergerakbalas(PB).
terdapat beberapa teknik untuk menjawab soalan tujuan penyiasatan iaitu:
Description: C:\Users\user\AppData\Local\Microsoft\Windows\Temporary Internet Files\Content.Word\siram.pngBentuk soalan : Tujuan penyiasatan
Description: C:\Users\user\AppData\Local\Microsoft\Windows\Temporary Internet Files\Content.Word\siram.pngDescription: C:\Users\user\AppData\Local\Microsoft\Windows\Temporary Internet Files\Content.Word\pokok.pngDescription: C:\Users\user\AppData\Local\Microsoft\Windows\Temporary Internet Files\Content.Word\pokok.png



                               Tumbuhan A                                                   Tumbuhan B
Satu penyiasatan di jalankan ke atas keperluan asas tumbuhan iaitu air. Tumbuhan A disiram air manakala tumbuhan B tidak disiram air selama seminggu.
Keputusan :
Tumbuhan
Keadaan tumbuhan selepas seminggu
Tumbuhan A
Hidup subur
Tumbuhan B
Mati

1.       Apakah tujuan penyiasatan di dalam eksperimen yang telah dijalankan ?

a) Jawapan yang betul
Untuk mengkaji hubungan di antara kehadiran air dengan keadaan tumbuhan selepas seminggu                                                  (dimanipulasi)                        (bergerak balas)

b) Jawapan yang salah

Untuk mengkaji hubungan di antara  kehadiran air dan keadaan tumbuhan selepas seminggu  

c) jawapan yang salah

Untuk mengkaji hubungan di antara tumbuhan A  dengan tumbuhan B
Terdapat beberapa kekeliruan di antara jawapan yang diberikan oleh murid, iaitu kesalahan dari susunan ayat, kesalahan menggunakan kemahiran iaitu pemboleh ubah di manipulasi dan pemboleh ubah bergerak balas dan kesalahan menggunakan perkataan penghubung(dan), murid sepatutnya menggunakan dengan untuk menghubungkan perkaitan di antara tindakan yang diubah kepada hasil dapatan selepas aktiviti dijalankan.

Kepentingan kajian

Kajian ini dijalankan untuk membantu murid belajar dalam menjalankan aktiviti atau eksperimen semasa kelas dijalankan. Dalam menjalankan aktiviti, murid perlu mempelajari beberapa kemahiran yang penting iaitu kemahiran proses sains (kps). Selepas murid mempelajari dan boleh menguasai kemahiran ini maka murid dapat menjawab soalan sains semasa dalam menjalankan aktiviti dan dapat menjawab soalan sains di dalam peperiksaan. Selain daripada itu murid menggunakan kemahiran ini dengan mengaplikasikannya di dalam kehidupan seharian yang melibatkan kemahiran yang terdapat dalam proses aktiviti sains. Selain daripada kemahiran ini digunakan di dalam kehidupan seharian murid, kepentingan kajian ini adalah untuk membantu guru-guru sains dalam meningkat kemahiran mereka dalam pengajaran di dalam kelas. Selain daripada itu, kemahiran ini membantu guru dalam mengajar mata pelajaran sains dengan lebih berkesan.  Masalah penguasaan kemahiran ini  telah di kesan oleh guru-guru sains dan kemahiran ini merupakan salah satu kemahiran yang kurang dikuasai oleh murid.

Pelaksanaan kajian

Tinjauan masalah
Masalah pembelajaran murid dapat dikenal pasti selepas peperiksaan dijalankan, dengan merujuk kepada keputusan peperiksaan. Sekiranya terdapat murid yang gagal, ini  menunjukkan terdapat masalah dalam pengajaran guru atau murid dalam menjawab soalan.  Berikut merupakan beberapa langkah yang telah dijalankan ke atas murid-murid.

Pemerhatian :
1.       Pemerhatian dijalankan ke  atas murid dengan memerhati dari segi minat murid tentang pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan. Murid kurang berminat dan tidak memberi tumpuan semasa P&P dijalankan.
2.       Temu bual dijalankan untuk mendapat maklum balas murid mengenai P&P dijalankan. Kebanyakan murid tidak berminat dengan mata pelajaran sains yang memerlukan murid untuk berfikir dan menggunakan kemahiran proses sains untuk menjawab soalan atau menyelesaikan masalah.
Ujian pra :
1.       Ujian pra dijalankan untuk melihat kefahaman murid mengenai kemahiran menjawab soalan mengenai kemahiran proses sains.  Terdapat 3 orang murid tidak menjawab soalan mereka hanya menulis semula soalan. Manakala 7 orang murid lagi menjawab soalan tetapi terdapat beberapa kesalahan yang dilakukan dari segi susunan perkataan (kaedah menjawab) dan kesalahan menggunakan kemahiran proses sains.
Buku latihan :
1.       Kesemua murid yang terlibat tidak membuat latihan dengan lengkap contohnya jawapan yang tidak lengkap dan jawapan yang salah.
2.       Mereka tidak membuat pembetulan selepas semakan guru.


Analisa tinjauan masalah

Hasil daripada tinjauan masalah melalui tiga kaedah yang digunakan iaitu pemerhatian, ujian pra dan buku latihan/nota, saya mendapati bahawa murid tidak berminat mata pelajaran sains dan tidak menyukai latihan yang dalam bentuk struktur.


Merancang tindakan
1.       Pelaksanaan program  “siapa betul PM dan PB”.
2.       Kemahiran yang ditekan kan ialah, Pemboleh ubah di manipulasi dan pemboleh ubah bergerak balas.
3.       Cara pelaksanaan.
a)      Dijalankan semasa perhimpunan dan sewaktu senggang murid (rehat/lepas waktu kelas)
b)      Program ini dijalankan oleh guru sains yang mengajar kelas tersebut.
c)       Murid bergerak dalam 5 orang satu kumpulan
d)      Murid diberikan satu hari satu soalan dan mengumpul soalan selama seminggu dan dinilai oleh guru.
e)      Program ini dijalankan sebulan sekali.
f)       Ujian akan dijalankan oleh guru selepas sebulan sekali yang bertujuan untuk menilai kefahaman murid terhadap kemahiran yang telah dipelajari secara berkumpulan.

4.       Jadual pelaksanaan :
Bil
Aktiviti/Tugasan
Tarikh
1.
Membuat tinjauan masalah melalui semakan latihan, soal selidik dan Ujian-Pra.
3/1/2012 - 5/1/2012
2.
Menyediakan proposal Kajian Tindakan.
7/1/2012 - 11/1/2012
3.
Melaksanakan Kajian Tindakan.
13/1/2012 - 20/1/2012
4.
Menyiapkan Laporan Kajian Tindakan.
21/1/2012 - 30/1/2012
5.
Menyerahkan Laporan Kajian
31/1/2012

Pemantauan kajian
Sepanjang program ini dijalankan, pada permulaannya murid kurang berminat dengan program ini. Tetapi guru telah membahagi murid kepada bentuk kumpulan mengikut pilihan masing-masing seramai  5 orang murid. Guru mengumumkan setiap kumpulan akan menerima hadiah sekiranya membuat kemahiran proses sains yang diberikan oleh guru secara berterusan dengan betul dan dilakukan secara berkumpulan. Setelah murid melakukan aktiviti secara berkumpulan, saya mendapati terdapat beberapa kumpulan murid atau secara individu murid yang datang berjumpa dengan guru untuk meminta nasihat guru untuk memastikan jawapan yang di buat dengan betul dan mengikut kehendak guru.

Penilaian kajian
Penilaian dijalankan secara berterusan iaitu di mana terdapat dua cara penilaian. Yang pertama guru menilai secara tidak langsung, iaitu dengan membuat pemerhatian jawapan yang diberikan oleh guru pada setiap bulan, manakala penilai yang kedua pula ialah penilaian berdasarkan berdasarkan peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun.  Berdasarkan penilaian yang telah dibuat, terdapat beberapa murid yang boleh membuat soalan yang berkaitan dengan kemahiran proses sains dan berminat untuk melakukan atau menjawab soalan. Berdasarkan bilangan murid sasaran seramai 10 orang, kesemua murid tersebut menjawab soalan bahagian B, berbanding sebelum ini kesemua mereka tidak menjawab soalan bahagian B. seramai 7 orang murid boleh menjawab soalan ini manakala 3 orang lagi yang masih tidak boleh menjawab soalan ini dengan tidak menggunakan panduan yang diberikan oleh guru manakala bagi 7 orang murid yang boleh menjawab mereka menggunakan kemahiran dengan panduan guru.

a)      Kekuatan :
-          Selepas menjalankan kajian terhadap murid yang bermasalah dalam menjawab soalan sains, saya mendapati murid mempunyai kekuatan iaitu mereka boleh mengikut arahan yang disampaikan oleh guru. Contohnya mereka akan cuba menyiapkan aktiviti yang dijalankan dengan mengikut arahan seperti waktu aktiviti yang telah ditetapkan. Selain daripada itu juga mereka suka melakukan sesuatu aktiviti secara berkumpulan (bekerjasama) dengan bantuan rakan-rakan dalam kumpulan dan mereka lebih tertarik dengan aktiviti yang menarik.

b)      Kelemahan
-          Kelemahan murid ialah kurang menguasai kemahiran membaca, iaitu boleh membaca tetapi agak perlahan dalam membaca. Selain daripada itu mereka juga cepat bosan dalam menjalankan aktiviti dan jemu untuk membaca soalan yang agak panjang dan penulisan.

Cadangan kajian tindakan di masa akan datang

kajian telah dijalankan masih terdapat seramai orang murid yang masih tidak dapat menguasai dan tidak  dapat menjawab soalan  dengan betul. Di masa akan datang saya perlu membuat sedikit perubahan untuk menambah baik kajian. Antara cadangan kajian di masa akan datang ialah :
a)      Melibatkan murid dari kelas baik atau pintar sebagai  rakan pembimbing semasa aktiviti dijalankan.
b)      Menggunakan sudut sains sebagai tempat untuk menyediakan bahan sokongan untuk rujukan murid.
c)       Penglibatan semua guru sains sebagai pembimbing murid dalam membantu murid mempelajari kemahiran proses sains.
d)      Menggunakan nama program yang lebih menarik perhatian murid, contohnya “sayang PM (pemboleh ubah di manipulasi) dan sayang PB (pemboleh ubah Bergerak balas) ”.
Lampiran
Soalan pemahaman sains
1.       Apakah haiwan yang boleh beranak  ?
a)      Ayam                                    b) ular
b)      Ikan paus                             d) burung

2.       Di manakah burung tinggal  ?
a)      Sarang                                  b) air
b)      Gua                                        d) atas pokok

3.       Bagaimana cara burung bergerak ?
a)      Melompat                           b) terbang
b)      Bergayut                              c) berenang

4.       Apakah kegunaan pembaris ?
a)      Membaca                            b) mengira
b)      Menyukat                           d) menulis

5.       Apakah keperluan asas manusia ?
a)      Makanan
b)      Makanan dan  air
c)       Makanan, air dan tempat tinggal
d)      Makanan, air,  tempat tinggal dan udara



Soalan minat sains

1.       Di antara aktiviti berikut,  aktiviti manakah yang anda suka lakukan  ?
a)      Melukis gambar                                                                b) memerhati pertumbuhan pokok

2.       Bagaimanakah cara untuk menanam pokok ?
a)      Menanam pokok terus ke dalam tanah
b)      Membubuh baja, menanam pokok ke dalam tanah dan menyiram pokok.

3.       Apakah jenis pekerjaan yang anda minat ?
a)      Askar                                                                     b) doktor
b)      Jururawat                                                            d) polis

4.       Antara berikut mata pelajaran manakah yang anda suka ?
a)      Sains                                                                      b) bahasa Melayu

5.       Adakah anda berminat dengan mata pelajaran sains ?
a)      Ya                                                                           b) tidak



Saturday 24 November 2012

kita buat perbandingan diantara sistem pendidikan negara kita dengansisitem pendidikan dinegara mereka.